Fiksi : Doa di Langit Bulan Disember (DLBD)


Di satu malam,selepas solat isya' aku tak mampu memandang muka adik di sebelah untuk bersalaman.Terasa mahu mengelak,supaya dia tidak perasan air hangat yang telah sedia mengalir ini.Tapi, malangnya dia dapat mengesan,aura tenaga mungkin.

"Kak kenapa?"

Adik aku yang ini beza umurnya cuma setahun.Buat apa-apa selalu bersama,dari dulu sampai sekarang.Syukur, punya dia sebagai teman yang paling mudah diajak bicara dan berkongsi pendapat segala. Pun begitu,tak pernah sekalipun aku ajak dia berbicara soal cinta.Aku kira ia satu jenayah yang maha berat kalau jatuh cinta.Mungkin sebab itu aku menangis,hairan dan takut,walau sudah berkali-kali cuba melawan tetap tak terhapuskan.Aneh!Ya,bikin pusing juga kerana tidak tahu untuk bertanya siapa,tak mungkin tiada penawarnya.Tak mungkin tiada orang yang boleh dirujuk,ini masalah besar bagi aku!

"Risau sikit je,tak ada apalah"

Dia,tak mungkin berlalu percuma.Sejurus selepas dia keluar dari bilik,emak mengetuk pintu terjengul mukanya yang indah.Emak masuk,dan melabuhkan punggungnya di sisi katil,menanti aku selesai melipat telekung.Dalam kepala,sudah kalut,bagaimana mahu menyembunyikan wajah sembab dari emak ni.Sebelum berpaling,cuma bersenam muka,tarik bibir dan lepaskan.Semoga otot-otot wajah nampak ceria.

"Tadi,cerita apa dengan along?"
"Cerita biasalah dia dekat mesir tu.pasal perempuan yang dia nak kenalkan dekat mak itu hari.Dia ada tunjuk gambar tadi.Kelakar lah abang kamu tu,suka perempuan hitam manis.Mak tak kisah cuma pelik,orang biasa nak yang putih melepak"

'akak pun macam along jugak mak.dia tu kulit sawo matang melayu jati!' Hah,jawab dalam hati je la.

"Akak,orang yang akak cerita hari tu tu?"
"Hah.cerita bila?orang hari tu?"
"Ada,yang akak cakap dia tak handsome pun,tapi sopan santun tu"
"Er,ooo kawan akak.."

Jantung kencang tak semena.Darah naik mencacak ke kepala.Muka cuba dikawal.Seram.Dan,berani tiba-tiba muncul membantu.Ah,tak pasti membantu atau memusnah.

"Dia orang mana?"
"Ermmm...orang..."
"Kalau nak,mak pergi pinangkan"
"Hah ! Mak....!! Mana boleh.Tak malu lah perempuan yang pergi pinang"
"Mak dah agak dah.Suka dia kan?"

Berat.Ini berat.Dalam ramai-ramai manusia,emak memang nujum terhandal yang pandai baca hati anaknya.Adakah pembohongan ini perlu diteruskan atau mengaku lebih mudah.Sekurangnya dengan pengalaman emak,mungkin perkara ini lebih senang diurus.Mungkin emak boleh tolong.Dan banyak lagi kemungkinan yang lain yang aku juga tidak menahu peratus kebenarannya.

Lama aku diam tak beriak.Dalam dilema mahu menjawab soalan emak yang sudah emak tahu jawapannya.Sengaja tau mak ni!

"Mak,susahlah benda ni,kan?"
"Sebab?"
"Ye la,kita tak tahu betul ke dia jodoh kita,akak tak nak jatuh cinta sebelum nikah"
"Kalau peram je tak nak usaha memanglah Allah tak bagi"
"Nak usaha macam mana mak,doa je la yang akak mampu"

-bersambung-





No comments:

Post a Comment