Diari : Antara Kita Ada Mereka


Bukankah di dalam dunia ini,ada sesuatu yang semakin cuba dileraikan,tapi semakin kusut tali tersebut dibuatnya.Ia berlaku di sekeliling kita.Banyak.Antara puncanya ialah,pada awalnya,persoalan tersebut memang tak perlu diselesaikan,kerana ia adalah lumrah alam yang sentiasa berjalan.

Pokok pangkalnya tetaplah kembali kepada hidayah Allah,dan aturan-aturan Tuhan yang pasti akan menjadikan sebahagian yang lain adalah ujian buat sebahagian yang lainnya.Diskusi tentang perbezaan tak akan ada penamat.

Sedangkan aku juga,pada waktu-waktu tertentu adalah kita.Dan pada waktu lagi satu,aku adalah mereka. Ada sisi sisi yang membuatkan kita sama hitam dengan mereka.Ada jugalah sisi-sisinya yang membuatkan kita sedikit berbeza,istimewa.

Akhirnya,perkara ranting ini tidak kemana,hanya bising dilibas angin ketika musim peralihan dan kembali surut.Sedangkan yang memegang pokok untuk teguh berdiri tetaplah akarnya yang tidak dipeduli.


No comments:

Post a Comment