Diari:Dia


Lama dia menung menghadap dinding yang merekah-rekah.Hujung kaki rasa sejuk.Malam semakin dingin.Jam mejanya sudah pukul 11.15 malam,seharusnya bersiap untuk tidur merehatkan otak.Masih banyak yang ingin difikirkan sementara mentari belum muncul.

Persoalan tentang kehidupan.Bukan kehidupan orang lain pun,cukup kehidupan sendiri.Dia sepertinya tidak mahu dikenali,disanjungi,atau apa pun istilahnya.Dia cukup waspada tentang perkara itu,dia tidak pandai berlakon.Dia hanya tahu berkongsi cerita jalanan yang sangat biasa,dia hanya tahu mempamirkan sayang dalam diam,dia hanya tahu merasa tanpa mengetahui asas perasaan.

Hakikatnya,dia rasa sedih.Dengan sesuatu yang telah lama terbuku.Mencari,masih tak nampak jalan keluar.Tidak berani mungkin.Kerana itu ya Allah,kerana Engkaulah yang lebih mengetahui akan dirinya,Engkaulah yang menciptakannya,dan Engkau tahu apa yang terdapat di dalam hatinya,sedangkan dia tidak tahu.Mudah-mudahan Tuhan akan selalu memberinya petunjuk,menjadikannya sentiasa dikasihi penduduk langit dan bumi,dunia akhirat.Kerana apa yang dia rasa adalah dia paling tidak mampu meneruskan hidup yang serba kering jiwa .

Semoga ya Allah,Engkau tidak mensia-siakan doanya ini.Tiadalah dia mampu,melainkan jika Engkau berkehendak.

No comments:

Post a Comment