Fiksi : Cinta,seorang manusia?
'Awkward'
Apabila yang bermulut tawar bertemu muka dengan yang bermulut manis.Walau hakikatnya dua-dua adalah santun,tapi yang seorang tidak mahu menunjukkannya.Dia percaya,yang manis hanya untuk orang tertentu sahaja. Tidak pada semua dia boleh beri kerana ia istimewa.Sedang yang seorang lagi pula percaya bahawa kita harus cinta pada semua,kerana hakikatnya kita sama-sama berdosa.Biarlah Tuhan yang menghukum cinta kita.
Mengenangkan zaman yang semakin deras,cinta dan santun hampir lemas bersama.Semua pantas,dan ianya tercantas.Apabila di tangan,masing-masing punya jaringan satu dunia,duduk di sebelah langsung tidak ditanya khabar,berpaling untuk sekadar senyum apatah lagi.Oh Tuhan,kehidupan apakah serupa ini,manusia sudah hilang sifat insani.
Aku membawa kesedihan itu berhari-hari dan teruskan memerhati.Sehingga sampai satu masa,ada seseorang di sebelah yang ambil peduli.Syukur,masih ada yang tak terbawa dengan kecanggihan teknologi. Dia,yang pada mulanya mendatangkan lega dan syukur di hati,tiba tiba mendatangkan hujan dan cerah di hati,lalu merembeskan pelagi di hujung.
Setelah melepasi beberapa bukit dan gunung,akhirnya cerita kami selamat di atas pelamin.Misi seterusnya ialah membaiki masyarakat dengan sekecil kudrat yang ada,bersama dia.Mudah-mudahan sempatlah kiranya tenaga ini kami kerah untuk walaupun tidak dapat menyelamatkan,cukuplah melambatkan proses kehancuran.Sekurangnya kami tahu,kami sudah cuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment