Islah nafsi


Cerita kita akhirnya terputus.untuk berapa lama,aku tidak tahu.Tuhan mungkin ada sebab tersendiri, memberi kita masa dan ruang untuk memperbetul kelemahan diri sebelum maju setapak lagi.Mampukah cerita ini selesai sehingga ke bab paling akhir,tentunya ada dalam tangan Tuhan yang Maha Mengatur.

Persepsi dan makna boleh jadi tidak saling membenarkan.Pemikiran yang sering terdedah dengan beberapa lapis tipu daya,kerana itu,baiknya seseorang bagi kita belum tentu ianya sebuah kenyataan. Maka,tidak perlu risau lagi,cinta kamu jauh beribu batu lagi.Andai jatuh sebelum sepatutnya jatuh,lukalah hatimu,meninggalkan parut yang cacat.

Apa kata,teruskan berjuang memperbaiki diri,ya ?
Allah tak pernah mensia-siakan usaha hambaNya.
Allahu A3lam apa-apa yang tidak terzahir,apa yang belum mampir.

seperated.

Now that we are completely in two seperated path.
Of course i feel the pain
Nevertheless,hopefully in Allah's plan there is one true junction that will hold us together.

Thanks for the colorful past,it stained my heartwall beautifuly.

puisi : jalan cinta

















ini,jalan cinta yang sudah diusaha
tanpa mengetahui sejak bila,ia menambah sarat di dada
sampailah masanya kini,aku pergi beruzlah di gua
memohon kurnia dari Tuhan yang mencipta
tunas hati antara dua

kerna,
yang bertaut kan
pergi terbang jua
yang bersambung kan
pergi lerai jua
yang bertemu kan
hilang dari mata

di hadapan,
jauh mana lagi ?
aku hanya bisa mengukir di langit lembut
nama-nama yang indah
hasrat-hasrat yang indah
ianya tentang doa dan harapan.

cinta ini,
tidak kecewa,
kerna Tuhan akan menggantikannya.

dengan izin Allah,kunfayakun itu mudah.

realiti : dunia


dah sampai masanya aku rasa
Tuhan menampakkan kita
tanda-tanda dunia semakin binasa

sungguh kasihan dikau
membesar tatkala dunia kacau bilau
di ambang musnah kemuncak manusia risau

menteri merompak duit rakyat
rakyat merompak duit rakyat
siapa dapat hentikan
kitaran ini atas nama untuk terus hidup

realiti ataukah hanya sekadar bermimpi
semua yang terjadi
baki malam yang ada,aku renungi diri
sudut manalah agaknya sesuai untuk aku berdiri
menyumbang berbakti
pada agama yang aku cintai ini.




diari : ilusi

Tak pernah kutulis
tapi mengapa bisa dibaca
Tak pernah kukhabarkan
tapi mengapa ketahuan

Tak pernah
Tapi mengapa nama itu selalu
mereka perdengarkan
Ilusi kan ?

if you keep on thinking
it will end up
digging a hole inside
your verily heart.


'tak sesuailah' and then,every single eyes were on me.my heart got a shock.and a bit sad.it was really a big blow.a sudden blow from nowhere when there were so many friends.ashamed plus weird feelings mixed up.

Fiksi : To Die


Saat kau merasakan kau tak layak untuk terus tetap hidup lagi di dunia.Saatnya kau rasai kesakitan itu.Saatnya kau lihat diri kau tidak berdaya.Kau mudah letih.Petang selepas kelas dan klinik,badan kau mula panas.Tapi hanya kau yang tahu rasanya bagaimana.Hanya kau yang rasa.Dan,kau mula kecewa dengan kesihatan yang tak mampu kau kawal.Bukan kau yang mahu ia begitu.Lalu terungkap kalimah 'daripada menyusahkan orang,mungkin lebih baiklah aku pergi dulu'

puisi : unggun


hujan lebat
unggun pun padam
seketika
Tuhan datangkan angin kuat
ia pun menyala
untuk kita

entah bagaimana
baranya masih ada..?

hakikatnya Tuhan tahu
aku masih rindu

Ya Wadud,gantikan ia
sesuatu yang lebih baik
dalam ilmuMu.

Diari:Dia


Lama dia menung menghadap dinding yang merekah-rekah.Hujung kaki rasa sejuk.Malam semakin dingin.Jam mejanya sudah pukul 11.15 malam,seharusnya bersiap untuk tidur merehatkan otak.Masih banyak yang ingin difikirkan sementara mentari belum muncul.

Persoalan tentang kehidupan.Bukan kehidupan orang lain pun,cukup kehidupan sendiri.Dia sepertinya tidak mahu dikenali,disanjungi,atau apa pun istilahnya.Dia cukup waspada tentang perkara itu,dia tidak pandai berlakon.Dia hanya tahu berkongsi cerita jalanan yang sangat biasa,dia hanya tahu mempamirkan sayang dalam diam,dia hanya tahu merasa tanpa mengetahui asas perasaan.

Hakikatnya,dia rasa sedih.Dengan sesuatu yang telah lama terbuku.Mencari,masih tak nampak jalan keluar.Tidak berani mungkin.Kerana itu ya Allah,kerana Engkaulah yang lebih mengetahui akan dirinya,Engkaulah yang menciptakannya,dan Engkau tahu apa yang terdapat di dalam hatinya,sedangkan dia tidak tahu.Mudah-mudahan Tuhan akan selalu memberinya petunjuk,menjadikannya sentiasa dikasihi penduduk langit dan bumi,dunia akhirat.Kerana apa yang dia rasa adalah dia paling tidak mampu meneruskan hidup yang serba kering jiwa .

Semoga ya Allah,Engkau tidak mensia-siakan doanya ini.Tiadalah dia mampu,melainkan jika Engkau berkehendak.

Diari : Antara Kita Ada Mereka


Bukankah di dalam dunia ini,ada sesuatu yang semakin cuba dileraikan,tapi semakin kusut tali tersebut dibuatnya.Ia berlaku di sekeliling kita.Banyak.Antara puncanya ialah,pada awalnya,persoalan tersebut memang tak perlu diselesaikan,kerana ia adalah lumrah alam yang sentiasa berjalan.

Pokok pangkalnya tetaplah kembali kepada hidayah Allah,dan aturan-aturan Tuhan yang pasti akan menjadikan sebahagian yang lain adalah ujian buat sebahagian yang lainnya.Diskusi tentang perbezaan tak akan ada penamat.

Sedangkan aku juga,pada waktu-waktu tertentu adalah kita.Dan pada waktu lagi satu,aku adalah mereka. Ada sisi sisi yang membuatkan kita sama hitam dengan mereka.Ada jugalah sisi-sisinya yang membuatkan kita sedikit berbeza,istimewa.

Akhirnya,perkara ranting ini tidak kemana,hanya bising dilibas angin ketika musim peralihan dan kembali surut.Sedangkan yang memegang pokok untuk teguh berdiri tetaplah akarnya yang tidak dipeduli.


Fiksi : Cinta,seorang manusia?


'Awkward'

Apabila yang bermulut tawar bertemu muka dengan yang bermulut manis.Walau hakikatnya dua-dua adalah santun,tapi yang seorang tidak mahu menunjukkannya.Dia percaya,yang manis hanya untuk orang tertentu sahaja. Tidak pada semua dia boleh beri kerana ia istimewa.Sedang yang seorang lagi pula percaya bahawa kita harus cinta pada semua,kerana hakikatnya kita sama-sama berdosa.Biarlah Tuhan yang menghukum cinta kita.

Mengenangkan zaman yang semakin deras,cinta dan santun hampir lemas bersama.Semua pantas,dan ianya tercantas.Apabila di tangan,masing-masing punya jaringan satu dunia,duduk di sebelah langsung tidak ditanya khabar,berpaling untuk sekadar senyum apatah lagi.Oh Tuhan,kehidupan apakah serupa ini,manusia sudah hilang sifat insani.

Aku membawa kesedihan itu berhari-hari dan teruskan memerhati.Sehingga sampai satu masa,ada seseorang di sebelah yang ambil peduli.Syukur,masih ada yang tak terbawa dengan kecanggihan teknologi. Dia,yang pada mulanya mendatangkan lega dan syukur di hati,tiba tiba mendatangkan hujan dan cerah di hati,lalu merembeskan pelagi di hujung.

Setelah melepasi beberapa bukit dan gunung,akhirnya cerita kami selamat di atas pelamin.Misi seterusnya ialah membaiki masyarakat dengan sekecil kudrat yang ada,bersama dia.Mudah-mudahan sempatlah kiranya tenaga ini kami kerah untuk walaupun tidak dapat menyelamatkan,cukuplah melambatkan proses kehancuran.Sekurangnya kami tahu,kami sudah cuba.

Diari : musim sejuk


Lambat laun,pasti akan terjadi ke atas diri kita.Perkara yang pahit yang mesti kita terima.

Yang dicintai,tidak semestinya buat kita.Dan,hari ini,aku belajar lagi tentang itu.Tuhan acap kali mahu ajarkan aku erti itu,cuma terkadang aku berkeras dengan kehendak yang telah sebati.

Kolam mataku,bergenang.Ada sisa sedih.Tapi sedayanya cuba ditawan dengan rasa tawakkal.Dengan ilmu yang terbatas ini,seharusnya aku terus meletakkan percaya pada Dia.Mudah-mudahan Tuhanku tidak mensia-siakan aku.Mudah-mudahan Tuhanku menuntunku hingga selamat.Amin ya Rabb.

Ada jiwa yang dikorbankan,ah mungkin bukan itu yang Tuhan suruh.Baik,biarlah begini,semakin jauh semakin baik mungkin.Supaya masing-masing dapat menghirup nikmat hidup setiap pagi tanpa perlu jiwa terbelah menjadi dua.

Ahai,perlukah aku bersedih sedangkan Allah pasti akan menggantikannya dengan keadaan yang lebih baik. Banyakkan sabar dan syukur!AllahuAkbar.

Fiksi : Rokok di tangan kanan,tasbih di tangan kiri

Dia adalah sejenis dinosor T-rex yang makin pupus dewasa ini.Sedang manusia lain berlomba menuju puncak kejayaan,dia berlari ke gunung mencari Tuhan.Kerana sepuluh tahun yang lalu,hidupnya serba serbi cukup dan lancar,tiada sangkut-sangkut sedih kecewa,yang tinggal cuma sekeping hatinya entah mahu dibawa kemana supaya bisa diisi.

Dia,mencari Tuhannya di setiap sudut.Di waktu baringnya,duduknya,berjalannya,di terminal-terminal tren,di perhentian bas,di lorong kaki lima,di tengah pasar yang bingit,di tepi pantai,di tengah padang luas,semuanya demi memaknai sebuah hidayah yang mahal.Petunjuk Tuhan yang tidak terbeli itu,sungguh jika manusia mengerti pasti semua akan sujud meminta.

Lalu,dia terperangkap antara dua suara.Suara sufi dan suara manusia.Ada kisah biasa yang tidak tercerita, tapi mampu menerbangkan aku setinggi ini,dialah cinta yang sering aku tidak ambil peduli tidak kisah.Tapi dia telah mengisahkan semuanya,kerana cinta suci memberi dan membangun,bukan menjatuh.Kerana cinta lillah itu mendekatkan aku pada Penciptaku,bukan menjauh.

Setiap malam dia berfikir,apa mungkin dunia ini kita perbaiki dengan tangan sekecil ini ?

Fiksi : DLBD 2

Sabtu malam selalu menjemput rasa-rasa berat hati.Berat hati untuk pulang ke Kuantan.Cuti raya haji yang seminggu akan habis,ini malam terakhir.Esok tiket bas pukul 12 tengahari.Sambil berkemas beg,adik yang muda setahun turut meneman di meja jahit,meng'oter' sehelai seluar slack hitam yang panjang seinci,aku minta dia pendekkan.

"Akak,kenapa suka dia?" Aku dalam pandang tak pandang sibuk menyusun barang untuk dimuatkan dalam satu beg besar.

"Bank yak yang akak tak suka pasal dia,sama banyak dengan kuantiti akak suka dia"
"Contoh akak suka dan tak suka"
"Suka sebab ermm ermm,alahai akak tak tahu! Sopan santun , ada agama kott"
"Ooo..."
"Tapi satu je,sesetengah hal dia belum matang,itu yang risau"

Memang,kalau tentang lelaki,aspek paling penting selain agama ialah matang dan serius dalam kehidupan.Perangai kebudak-budakan jangan dibiar terlalu lama sebati dalam diri,kelak lewat berdiri untuk ummah.Dalam sejarah,seawal usia remaja,Sultan Fateh sudah diajar untuk menjadi dewasa.Jadi,kenapa perlu biar diri hanyut dalam fasa angan-angan.Hakikatnya sekarang lelaki banyak yang tidak sedar kepentingan diri mereka untuk masyarakat abad ini,masyarakat yang perlukan simbahan islam.Mereka juga tidak mahu peduli akan hakikat bahwa mereka jugalah yang bakal menjadi imam mendidik keluarga.

Ah, perempuan cakap memang senang,lelaki terbeban jika dibicara begitu mengenai mereka!

Tidak dapat tidak,kau mesti.Lagi-lagi di akhir zaman,macam-macam.Perkara mungkar sama laju dengan kehadiran gajet-gajet canggih.Kita mahu duduk diam.Penting diri!

"Akak.Mungkinlah kan.Mungkin.Akak akan jumpa seseorang yang lain,yang santun,agama dan matang.Tak ke?"

"Ha,betul.Pernah jugak fikir"
"Tulah,kesian tengok akak,bukan salah siapa-siapa.Sebab kan,Yaya pernah ada baca pasal Al-Isyq.Penyakit.Nanti cubalah akak cari,mungkin ada penawar dia.Ibn Al-Qayyim.Sebelum terkenang-kenang,baik rawat.."

Malam itu juga selepas Yaya bagitahu,aku google dalam gelap gelita.Subhanallah,Yaya rupanya tahu.Al-Isyq,sungguh ia adalah satu penyakit yang orang bilang biasa,namun bahayanya sungguh boleh merosakkan hati dan seluruhnya.

Ibnul Jauzi rahimahullah berkata: “Sesungguhnya manusia penuh dengan najis dan kotoran. Dan orang yang dimabuk cinta melihat kekasihnya dalam keadaan sempurna. Karena cinta, ia tidak dapat melihat aib kekasihnya. Sebab hakikat segala sesuatu dapat disingkap dengan timbangan yang adil. Sementara yang menjadi penguasa atas dirinya adalah hawa nafsu yang zhalim. Itu akan menutupi seluruh cela hingga akhirnya orang yang dilanda cinta melihat kekasihnya yang jelek menjadi jelita. “

Astaghfirullah!

Sungguhlah,jangan jatuh dalam hina begitu.Itulah antara cara-cara merawatnya,menjauh sejauhnya untuk sementara waktu,memadam semua bersangkut tentangnya,mengisi waktu sepenuhnya supaya tak bisa walau sekelip banyangnya muncul,membayangkan aib si kekasih hati yang rupanya telah diselaputi rindu.

Pada dasarnya,aku takut kalau aku tak akan berjumpa dengan sesorang yang lebih baik lagi.Kerana zaman sekarang,lelaki baik jarang sekali ditemui.Mungkinlah kerana itu,hati gopoh untuk jatuh dalam Al-Isyq. Tidakkah Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kita,dan Allah yang Maha Penyayang itu pasti akan mengkabulkan doa kita dengan gantian yang lebih baik juga.

 “Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu karena Allah, niscaya Allah akan memberi ganti padamu dengan yang lebih baik bagimu.” (HR. Ahmad 5/363. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shohih)

Dan malam itu,sedikit rasa telah hilang roboh berganti syukur dan tenang.Lillah,aku menjauh.Andai dia faham,dia pasti tidak akan berkecil hati.Semoga Allah selamatkan cinta kita.



Fiksi : Doa di Langit Bulan Disember (DLBD)


Di satu malam,selepas solat isya' aku tak mampu memandang muka adik di sebelah untuk bersalaman.Terasa mahu mengelak,supaya dia tidak perasan air hangat yang telah sedia mengalir ini.Tapi, malangnya dia dapat mengesan,aura tenaga mungkin.

"Kak kenapa?"

Adik aku yang ini beza umurnya cuma setahun.Buat apa-apa selalu bersama,dari dulu sampai sekarang.Syukur, punya dia sebagai teman yang paling mudah diajak bicara dan berkongsi pendapat segala. Pun begitu,tak pernah sekalipun aku ajak dia berbicara soal cinta.Aku kira ia satu jenayah yang maha berat kalau jatuh cinta.Mungkin sebab itu aku menangis,hairan dan takut,walau sudah berkali-kali cuba melawan tetap tak terhapuskan.Aneh!Ya,bikin pusing juga kerana tidak tahu untuk bertanya siapa,tak mungkin tiada penawarnya.Tak mungkin tiada orang yang boleh dirujuk,ini masalah besar bagi aku!

"Risau sikit je,tak ada apalah"

Dia,tak mungkin berlalu percuma.Sejurus selepas dia keluar dari bilik,emak mengetuk pintu terjengul mukanya yang indah.Emak masuk,dan melabuhkan punggungnya di sisi katil,menanti aku selesai melipat telekung.Dalam kepala,sudah kalut,bagaimana mahu menyembunyikan wajah sembab dari emak ni.Sebelum berpaling,cuma bersenam muka,tarik bibir dan lepaskan.Semoga otot-otot wajah nampak ceria.

"Tadi,cerita apa dengan along?"
"Cerita biasalah dia dekat mesir tu.pasal perempuan yang dia nak kenalkan dekat mak itu hari.Dia ada tunjuk gambar tadi.Kelakar lah abang kamu tu,suka perempuan hitam manis.Mak tak kisah cuma pelik,orang biasa nak yang putih melepak"

'akak pun macam along jugak mak.dia tu kulit sawo matang melayu jati!' Hah,jawab dalam hati je la.

"Akak,orang yang akak cerita hari tu tu?"
"Hah.cerita bila?orang hari tu?"
"Ada,yang akak cakap dia tak handsome pun,tapi sopan santun tu"
"Er,ooo kawan akak.."

Jantung kencang tak semena.Darah naik mencacak ke kepala.Muka cuba dikawal.Seram.Dan,berani tiba-tiba muncul membantu.Ah,tak pasti membantu atau memusnah.

"Dia orang mana?"
"Ermmm...orang..."
"Kalau nak,mak pergi pinangkan"
"Hah ! Mak....!! Mana boleh.Tak malu lah perempuan yang pergi pinang"
"Mak dah agak dah.Suka dia kan?"

Berat.Ini berat.Dalam ramai-ramai manusia,emak memang nujum terhandal yang pandai baca hati anaknya.Adakah pembohongan ini perlu diteruskan atau mengaku lebih mudah.Sekurangnya dengan pengalaman emak,mungkin perkara ini lebih senang diurus.Mungkin emak boleh tolong.Dan banyak lagi kemungkinan yang lain yang aku juga tidak menahu peratus kebenarannya.

Lama aku diam tak beriak.Dalam dilema mahu menjawab soalan emak yang sudah emak tahu jawapannya.Sengaja tau mak ni!

"Mak,susahlah benda ni,kan?"
"Sebab?"
"Ye la,kita tak tahu betul ke dia jodoh kita,akak tak nak jatuh cinta sebelum nikah"
"Kalau peram je tak nak usaha memanglah Allah tak bagi"
"Nak usaha macam mana mak,doa je la yang akak mampu"

-bersambung-





Koreksi : manusia.


Manusia dan aneka ragamnya.Kadang,bila tak mampu menahan,hanya mampu berdoa di celah-celah awan,mohon Tuhan lembutkan hati.Mungkin,ego telah menguasai diri kita ketika itu.

".....Dan Kami jadikan sebagian kamu cobaan bagi sebagian yang lain.Maukah kamu bersabar? dan Adalah Tuhanmu Maha Melihat." surah Al-Furqon:ayat 20

Kelainan ada di mana-mana.Tolak ansur lebih indah.Sayang semua,tapi semenjak dua menjak,aku belajar untuk meletakkan satu garis pertahanan diri.Ah,garisnya nipis sahaja.Jangan mudah percaya manusia,lalu segala rahsia kita curahkan,jangan.Tetaplah dengan Tuhan,isi hati segalanya biar Tuhan sahaja yang pegang.

Kerana hati manusia,berbolak balik.

Diari : mimpi.


bismillah.

entah selepas mimpi itu patut kuucap subhanallah atau astaghfirullah?ya,ia mainan tidur,tapi ia agak keterlaluan kerana terlalu lucu dan caranya sangat membuatkan aku rasa dihormati sebagai seorang perempuan.

Teruskan berdoa.berdoa dan berdoa.dekat dengan Tuhan,dekat dan dekat.memohon taufiq dan petunjuk Tuhan dalam setiap keputusan.sungguh aku ini tiada ilmu tentang pilihan yang membawa kebaikan.jagakan aku,Tuhan.

Sheikh Rohimuddin pesan,dalam berdoa kita kena beradab.Kita bukan Tuhan,jangan berdoa seperti menyuruh Tuhan mengkabulkan.berdoalah dalam penuh rasa kehambaan,rasa tunduk dan segan.

berlari.
ya Allah,kurniakan aku tenaga,demi ummah,demi masyarakat.

Koreksi : Taufiq dan Hidayah.

Dua dekad.
Aneka.

Semakin tahu,semakin bodoh terasa.Semakin berfikir semakin tak jumpa jalan keluar.Dan banyak lagi semakin semakin yang pelik.Baik dari sekecil-kecil hal peribadi,sehingga sebesar-besar komuniti. Betul,petunjuk Tuhan itu tak dapat dipetik di tepi jalan.Eksklusif.Hanya pabila Tuhan menghendaki untuk memberi petunjuk,maka diberikanlah pada seseorang itu walau yang lain cuba menghalangnya.Begitu juga,pabila Tuhan enggan memberi petunjuk,maka tetaplah terkontang kanting dia berjalan sungguh pun segala nikmat penuh di tangan.

 “Dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (QS. An-Nisa: 28)

Risau. Bila Tuhan murka,senang sahaja nikmat ditarik.Antaranya nikmat dikurniakan taufiq dan hidayah.Kelam kabut yang tak surut di mana-mana,mungkin juga petanda nikmat itu sedang sedikit demi sedikit ditarik.Sedar tak sedar,kita menjauh.
Kembali.Pangkalnya satu.